Wole Soyinka
Wole Soyinka

Wole Soyinka

Akinwande Oluwole Wole Soyinka (lahir 13 Julai 1934) adalah rakyat Nigeria. Beliau merupakan penulis, penyair dan dramawan. Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 1986. Beliau adalah warga Afrika pertama menerima kehormatan itu. Pada tahun 1994, dia dilantik oleh UNESCO sebagai Duta Muhibah untuk mempromosikan budaya, hak asasi manusia, kebebasan berekspresi, media dan komunikasi Afrika.